Sunday 1 December 2013

SAY ALHAMDULILLAH (^__^)''

Pertama sekali, mari kita sama-sama ucap Alhamdulillah (^_^)’’ sebab harini Allah masih kurniakan nikmat kepada kita, nikmat iman n islam, nikmat makan, bernafas, bergerak, dan macam2 lagi..kan?? Kalu kita nak menghitung nikmat yang Allah bagi dekat kita, semuanya tak akan terhitung, sebab terlalu banyak (symbol infinity, sapa belajar addmath tahula,hehe)..


Jadi, sentiasa bersyukur atas apa yang Allah bagi dekat kita sebab Allah janji dengan kita, kalu kita bersyukur, Allah tambah lagi..untungkan kita??kn3(^_^)’’..
Jadi meh sini, kita baca sama-sama sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:

“Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, ia tidak akan bersyukur denga  yang banyak, sesiapa yang tidak bersyukur sesame manusia, ia tidak bersyukur dengan Allah SWT.Menceritakan nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalah kekufuran”..

Nampak tak ape yang cuba disampaikan melalui hadis ni?? Jadi kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bg, tak salah pn sebb Allah lagi suka..jadi jom sama-sama jadi orang yang bersyukur..(^__^)''
Saya nak ingatkan untuk diri saya dan untuk antum semua,supaya sentiasa jadi orang suka bersedekah,ehh kalu sedekah(dlm bentuk duit,makanan@ape2la) kita tak rugi apa2, bahkan menjadi saham kita di akhirat kelak..mesti semua orang nak kan?? Jadi tunggu apa lagi mari kita ikut sunnah Rasulullah SAW spya perbyakkan sedekah..

Tapi ingat, dalam kita bersyukur atas nikmat yang Allah bagi, pasti akan adaaa aje ujian yang Allah bagi untuk hambaNya yang dia sayang..kenape kena uji pulak??hurmm nak tahu?? Sebabnya Allah akan sentiasa uji hambaNya yang disayangi..Kalu ditimpa ujian say Alhamdulillah, tu maksudnya Allah tgh tengok kita, jadi utk yg rasa sentiasa happy go lucky tu, kena risau jugak sebb tak ada ujian dripada Allah jadi kena review balik diri sendiri, dan cuba buat list ap salah yang kita da lakukan ok..
Jadi sampai sini je la rasanya menulis, isyak sudah masuk..bersegeralah kamu untuk solat sebab mati kita tak tahu bila, so assalamualaikum dan semoga Allah merahmati kita semua..

~suhailawati subri

Saturday 30 November 2013

MESIR OH MESIR!!

  Sekiranya ada yang bertanyakan tentang mesir, satu perkataan yang dapat saya 
rasa sangat sesuai untuk menggambarkan mesir ialah MENCABAR..
Allahurabbi, mesir sangat mencabar jika dibandingkan dengan negara-negara

lain,kenapa? Sebabnya di negara timur tengah ni, rusuhan tak pernah berhenti. Saya yang baru 2 bulan berada di sini da rasa keadaan sekeliling,seronok sebenarnya.
Pengalaman yang sangat bermakna bila berada disini,haha. Alhamdulillah Allah pilih saya untuk belajar disini, Alhamdulillah Allah timpakan saya
ujian..hari pertama sampai di mesir, duit saya da hilang 50USD = 360LE(mata wang mesir)..sedekah je la (^_^)’’

Alhamdulillah, diuji lagi dengan sakit teruk. Saya sakit hampir sebulan lebih
demam,selsema dan batuk tak berhenti-henti..penat sebenarnya bila sakit-sakit nih..tapi Alhamdulillah, kafarah untuk dosa-dosa kecil..Seterusnya diuji lagi, terpaksa tukar university daripada university zagazig ke university mansoura,Allah tahu apa yang terbaik..

Nak tahu apa yang lebih sedih sangat-sangat,Allahhurabbi, kena uji lagi barang-barang saya kena curi semasa tengah solat zohor dekat surau gamaah(university)..habis beg sya yg saya syang, buku-buku, alat tulis, duit(500LE=RM250.00),dan yang penting sekali PASSPORT!!!
Masa tu hanya Allah je yang tahu ap perasaan saya. Saya masih mampu
tersenyum ketika itu,entahla saya tak rasa sedih langsung, bila ada sahabat
yang tanya tak sedih ke hilang barang, sya senyum je..itu je yang saya mampu..



Diuji lagi, kesusahan yang teramat sangat untuk buat report polis..Kalau macam Malaysia semuanya bersistem, kat sini tak ada benda yang bersistem,
bila kitorang nak buat report tanya org ni, dia tunjuk org sana, bila ditanya
orang sana, dia tunjuk org lain, and so on sampaila kita betul-betul jumpa org yang sepatutnya..
Allahhurabbi, bila kesusahan ni sy tak mampu tertanggung, akhirnya jatuh jugak si air mata mengadu damba kepada Sang Khaliq selesai solat asar..mengadu kerana kepayahan yang ditangguh,tapi
kan Allah kata Allah takkan uji hambaNya kalu dia tak mampu hadapinya..semuanya ada hikmah..kn3

Setelah 3@4hari barang sy yg hilang, tiba2 dapt satu panggilan drpd kakak zagazig..dia kata, ada sorang egyption jumpa passport yg namanya seperti dlm passport..Allah!!! saya sujud syukur, terus sy mtk number egyption tersebut..byk kali jugak sy kol tapi x berjawb(battery habis mungkin) dan alhamdulillah malamnya tetiba egyption tersebut kol saya, Cuma tula masalah bahasa..dia tak faham English saya(egyption cakp org m’sia ckap English laju sgt) jadi sy bg ustaz saya (ustaz chairil anwar,Indonesia) ckp dgn dia Arabic..

Alhamdulillah, malam tu kitorng jumpa egyption tu cuma dia letak syarat,
dia hanya nak jumpa saya dan ustaz saya je(takut kena tipu katanya).mlam tu jugak ada rusuhan yng melibatkn polis n askar, jadi saya seorang perempuan diiring oleh 3 org lelaki(malu, tp letak malu tu sebelah sebab menghormati permintaan dia)..dan Alhamdulillah dapat balik passport saya..(^_^)’’syukur Alhamdulillah..
Diluar negara IC ni tak laku tahu tak, passport tula nyawa kita..haha,

Alhamdulillah, makanan kat sini sangt murah, baju murah, tapi ada je yang mahal,hehe..saya suka makan creep..besar sangt,kenyang sangt dan
Alhamdulillah, sedap sangat..ada satu makanan yang nama dia fatirah(macam roti canai, tpi bukan roti canai sebab,dia byk lapis n boleh pilih flavour)..rasanya sampai sini kot saya kongsi cerita, panjang sangat nih..hehe..awk awk awk awk awk semua, doakan saya ye semoga Allah lindungi dan rahmati sya sepanjang saya berjihad menuntut ilmu disini..

Suhailawati subri <3

Friday 22 February 2013

5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA


Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

9 MIMPI RASULULLAH


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

JOM MENGAJI


15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama :
Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua :
Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga :
Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat :
Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima :
Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam :
Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh :
Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan :
Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan :
Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh :
Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas
: Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas
: Sesiapa yang lebih fasih membaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga belas :
Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas :
Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas :
Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

CINTAI RASULULLAH


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Kenapa Ayam Mampu Melihat Malaikat, Sedangkan Keledai Tidak?

Banyak sudah penelitian ilmiah yang membuktikan kebenaran sabda-sabda Nabi SAW secara ilmiah. Berikut ini adalah salah satunya. Nabi SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ، فَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ، فَتَعَوَّذُوا بِاللهِ مِنْ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

"Bila engkau mendengar suara ayam jantan maka mintalah karunia kepada Allah karena ia melihat malaikat, sedangkan bila engkau mendengar ringkikan keledai, maka berlindunglah kepada Allah dari Setan karena dia melihat setan." (Shahih, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Kita sering kali mendengar hadits ini tetapi bisa jadi jarang memikirkannya dan tidak terlintas dalam benak kita untuk meneliti secara ilmiah mengapa itu terjadi.

Kemampuan sistem visual manusia di dunia ini terbatas. Dalam hal ini justru kalah dengan sistem visual keledai dan ayam jantan. Pandangan mata manusia terbatas dan tidak dapat melihat apa yang berada di bawah sinar infra merah atau di atas sinar ultraviolet.

Tapi kemampuan indera ayam jantan dan keledai melewati batas itu. Pertanyaannya sekarang, bagaimana keledai dan ayam bisa melihat setan dan malaikat, bukan sebaliknya?

Keledai itu dapat melihat dengan sinar infra merah, sedangkan setan sendiri berasal dari jin yang diciptakan dari api. Artinya, setan termasuk dalam lingkup infra merah. Karena itulah, keledai dapat melihat setan, tetapi tidak bisa melihat malaikat.
Adapun ayam jantan, ia mampu melihat sinar ultraviolet, sedangkan malaikat diciptakan dari cahaya, artinya dari sinar ultraviolet. Karena itulah, malaikat dapat dilihat oleh ayam jantan.

Hal ini menjelaskan kepada kita mengapa setan melarikan diri saat disebutkan nama Allah. Penyebabnya adalah karena para malaikat datang ke tempat yang disebut nama Allah itu, sehingga setan melarikan diri.

Mengapa setan menghindar bila ada malaikat?

Jawabannya adalah karena setan terganggu bila melihat cahaya malaikat. Dengan kata lain, jika sinar ultraviolet bertemu dengan sinar inframerah di satu tempat, maka sinar merah memudar.

Maha Besar Allah atas segala kuasanya...!
 (◡‿◡✿

GAMBARAN PADA HARI KIAMAT


 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

KUASA ALLAH


HI’KUN KATA ALLAH!!!!
Bismillah hirrahmanirrahim….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sebenarnya disini ana nak kongsikan sedikit pengalaman dan ana harap dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi kita semua pengajaran dan ambil manfaat daripada cerita ini..Sebenarnya cita-cita ana adalah untuk menjadi seorng usahawan dalam bidang pertanian kerana minat ana yang mendalam dalam pertanian mungkin terkena tempias daripada ayah ana mungkin..Tetapi takdir Allah dan ketentuan Allah dan ketetapan yang Allah tentukan siapa yang dapat halang..

Segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana lagi Mengetahui Segala sesuatu..ana telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di university Tanta,Mesir dan in sha Allah bulan 9 ana akan bertolak pergi..Pada mulanya semua ini hanyalah angan-angan semata2 untuk belajar di luar negara namun Allah lebih mengetahui hikmahnya..Apa yang ingin ana sampaikan disini adalah kita yang rancang namun Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk kita dan ana disini sangat bersyukur dengan ketentuan Allah..Allah boleh “twist”dengan senang masa depan kita..Namun jangan lupa yang kita ni hamba ALLAH dan kepada dialah kita akan kembali..

Untuk NT sekalian jangan pernah putus asa dengan RAHMAT ALLAH, dan mohon kepada Allah supaya Allah hadir dalam setiap keputusan yang kita buat supaya semua keputusan yang kita buat adalah keputusan yang Allah hadirkan melalui detik hati kita..Dekatkan diri dengan Allah dan PASTINYA Allah akan lebih dekat dengan kita..Janji Allah adalah janji yang pasti dan Allah TIDAK pernah lupa akan janjinya..Doakan untuk ana semoga Allah permudahkan urusan ana sebelum dan selepas ana sampai ke tanah anbiya’ kelak..

P/S---> Ingat ye perancangan ALLAH adalah lebih baik daripada perancangan kita..Kita rancang,Allah yang tentukan..Setiap apa yang ALLAH hadirkan untuk kita adalah yang terbaik dan perkara itu adalah perkara yang tidak sia-sia sama sekali kalau itu datang daripada ALLAH SWT..

RENUNGAN UNTUK MUSLIMAH


Isteri solehah~

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

WAHAI MUSLIMAH
mudah-mudahan kita seperti ini 

ISTERI SOLEHA dunia AKHIRAT...amin...~~~

JENIS SYAITAN


                                                 Jenis-Jenis Syaitan..

Tsabr
Peranannya:
Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan..
Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah..
Maka datanglah Tsabr dan konco-konconya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan..
Seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi..
Supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali pada Allah..

A'war
Peranannya:
Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina..
Dan terus melakukannya dengan apa cara sekalipun..
A'war dan tenteranya akan menggambarkan keenakan dan keseronokkan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobarkan nafsu..

Miswath
Peranannya:
Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan..
Yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar..
Agar manusia itu akan kucar-kacir..
Hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh..
Sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat..

Dasim
Peranannya:
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan..
Selalunya dalam kes rumahtangga..
Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan..

Zaknabur
Peranannya:
Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat..
Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan..
Kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan)..
Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan..
Kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi..
Serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan)..

Khanzab
Peranannya:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat..
Mengganggu umat Islam dalam melakukan solat..
Serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah..
Dan mengelakkan agar solat menjadi sempurna..

Walhan
Peranannya:
Menganggu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwuduk (bersuci sebelum melakukan solat)..
Ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya..
Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah..
Walhan juga menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu benda..

Rumusan:
Kuatkan hati untuk mengerjakan perintah Allah agar kita menang untuk tidak cair mendengar bisikan dan hasutan syaitan-syaitan ini..
Barakallahufik..