Assalamualaikum w.b.t
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya,
maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari
Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada
Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat
berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad
s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah.
Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu
hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah
s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya
daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di
negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah.
Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh
kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan
tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4
jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak
lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut
sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan,
beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama
beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13
kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali
sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan
qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri.
Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat,
berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta
akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan.
Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah
terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk
berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang
menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru
beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah
di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung,
dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku
redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata
semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke
dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah
pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin
kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor
telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan
izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam
waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai
telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang
sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di
sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya
dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau.
Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau
rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba
Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan
kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas
mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu
sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’
ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang
sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema
suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab,
tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan
sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti
pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya
Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat
merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan
Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian
melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis
saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat
Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda
tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti,
apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda
sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau
masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para
sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat
Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada
Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang
budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang
dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada
kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu
besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah
dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji
oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya.
Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih
menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk
kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak
pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan
dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan
menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri
untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding
nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat
tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau
katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina
ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang
empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami
utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar
Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar
memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri,
Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah
tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil
orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk
membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti
apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu
tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir
pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu
Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang
sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang
(dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka
mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,
nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk
perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada
makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang
sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala
kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar
mengatakan;
“Inilah ganjaran besar
dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan
terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk
dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik.
“Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira
dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh
yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi
tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur
atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah
para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak
yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup
berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah
pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi
taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa
beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak,
bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin
katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan.
Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga
yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke
akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis
bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w.
Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu
merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw,
“bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah
sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka
beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman
benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum
ini..)
Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini
sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar
zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat
kelak..wallahu’ alam..
No comments:
Post a Comment