Friday, 22 February 2013

KUASA ALLAH


HI’KUN KATA ALLAH!!!!
Bismillah hirrahmanirrahim….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sebenarnya disini ana nak kongsikan sedikit pengalaman dan ana harap dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi kita semua pengajaran dan ambil manfaat daripada cerita ini..Sebenarnya cita-cita ana adalah untuk menjadi seorng usahawan dalam bidang pertanian kerana minat ana yang mendalam dalam pertanian mungkin terkena tempias daripada ayah ana mungkin..Tetapi takdir Allah dan ketentuan Allah dan ketetapan yang Allah tentukan siapa yang dapat halang..

Segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana lagi Mengetahui Segala sesuatu..ana telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di university Tanta,Mesir dan in sha Allah bulan 9 ana akan bertolak pergi..Pada mulanya semua ini hanyalah angan-angan semata2 untuk belajar di luar negara namun Allah lebih mengetahui hikmahnya..Apa yang ingin ana sampaikan disini adalah kita yang rancang namun Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk kita dan ana disini sangat bersyukur dengan ketentuan Allah..Allah boleh “twist”dengan senang masa depan kita..Namun jangan lupa yang kita ni hamba ALLAH dan kepada dialah kita akan kembali..

Untuk NT sekalian jangan pernah putus asa dengan RAHMAT ALLAH, dan mohon kepada Allah supaya Allah hadir dalam setiap keputusan yang kita buat supaya semua keputusan yang kita buat adalah keputusan yang Allah hadirkan melalui detik hati kita..Dekatkan diri dengan Allah dan PASTINYA Allah akan lebih dekat dengan kita..Janji Allah adalah janji yang pasti dan Allah TIDAK pernah lupa akan janjinya..Doakan untuk ana semoga Allah permudahkan urusan ana sebelum dan selepas ana sampai ke tanah anbiya’ kelak..

P/S---> Ingat ye perancangan ALLAH adalah lebih baik daripada perancangan kita..Kita rancang,Allah yang tentukan..Setiap apa yang ALLAH hadirkan untuk kita adalah yang terbaik dan perkara itu adalah perkara yang tidak sia-sia sama sekali kalau itu datang daripada ALLAH SWT..

RENUNGAN UNTUK MUSLIMAH


Isteri solehah~

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

WAHAI MUSLIMAH
mudah-mudahan kita seperti ini 

ISTERI SOLEHA dunia AKHIRAT...amin...~~~

JENIS SYAITAN


                                                 Jenis-Jenis Syaitan..

Tsabr
Peranannya:
Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan..
Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah..
Maka datanglah Tsabr dan konco-konconya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan..
Seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi..
Supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali pada Allah..

A'war
Peranannya:
Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina..
Dan terus melakukannya dengan apa cara sekalipun..
A'war dan tenteranya akan menggambarkan keenakan dan keseronokkan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobarkan nafsu..

Miswath
Peranannya:
Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan..
Yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar..
Agar manusia itu akan kucar-kacir..
Hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh..
Sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat..

Dasim
Peranannya:
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan..
Selalunya dalam kes rumahtangga..
Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan..

Zaknabur
Peranannya:
Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat..
Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan..
Kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan)..
Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan..
Kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi..
Serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan)..

Khanzab
Peranannya:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat..
Mengganggu umat Islam dalam melakukan solat..
Serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah..
Dan mengelakkan agar solat menjadi sempurna..

Walhan
Peranannya:
Menganggu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwuduk (bersuci sebelum melakukan solat)..
Ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya..
Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah..
Walhan juga menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu benda..

Rumusan:
Kuatkan hati untuk mengerjakan perintah Allah agar kita menang untuk tidak cair mendengar bisikan dan hasutan syaitan-syaitan ini..
Barakallahufik..

KELEBIHAN KURSI


Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..

KENAPA RASULULLAH SANGAT MENYAYANGI KUCING


Setiap Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong mueeza (nama kucingnya) dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah Mueeza selalu mengiaw ketika mendengar azan, seolah-olah ngiaw nya mengikut lantunan suara azan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan sepertimana beliau menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.

Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.


Kenapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. (tu kita selalu lihat kucing menjilat2 badannya, ti sebenarnya ia membersihkan bulu)

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Keputusan yang diperolehi adalah:

1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan banteria, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.

3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.

4. Sekalinya pun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.

Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.


Komen Para Doktor dalam bidang berkaitan:

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1 / 4 anjing, kucing 1 / 2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa'id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.

Dan hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah di lakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.


Hadith-Hadith Mengenai Kucing :

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

KISAH HATI SEORANG MUSLIMAH


♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air mata nya dengan imannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
vcg
Fdunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap diharunginya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya
♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…

" Yaa Rabbi sudilah pandang daku ,Terangi jalan gelap ini, Jangan biarkan daku terus sendiri, Mencari mendaki jalan berduri… "

KISAH HEBAT DI GAZA


subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza..

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

Allah...Allah...Allah

INILAH BUKTI KEKUASAAN ALLAH...