Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan
dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok
dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan
hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
berseorangan.
Tiba-tiba dia
nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi
lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh
buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.
Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat
itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia
sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat
tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan
paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol
oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam
hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar
lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa
tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal
pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat
bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi
perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia
melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi
rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum
hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya
perogol itu..
“Why don’t
you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang
je masa tu?)
Perogol tu
jawab:
“No, you are
not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right
side and the other one was by your left side. If you were alone of course you
will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2
orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi
sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa
saya..)
Wanita ni
rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia
baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai
hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia
pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas
yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah
malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
“…Barang
siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan
2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat
al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan
kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah
benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat
pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya
dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita
sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment