Friday 22 February 2013

@TUDUNG LABUH VS TUDUNG TERKINI@


Dari jauh,ramai mata saling memandang kearah seorang muslimah.tampak biasa tapi sebenarnya luar biasa, .maka kedengaran bunyi bisik membisik sesama mereka.

Muslimah bertudung labuh itu berjalan perlahan meninggalkan mereka, sambil beristighfar.

“Ya Allah,,balut hatiku dalam mempertahankan syariatMu. Cukup kepadaMu aku serahkan segala urusan. Amin YA Rabb.”

Usai menghabiskan bacaan ayat terakhir surah AR-rahman ,muslimah tersebut tersenyum. rase cukup tenang. Terimbau memori kembali perkenalannya dengan “Tudung Labuh”. Subhanallah. Rindunya pada pertemuan tu. Sesiapa yang mengenalinya,, insya Allah terasa sesuatu kelainan. Istimewa. Hanya orang yang memakai dapat merasakan keajaiban “Tudung Labuh”.

ceritanya bermula disini..dari hati membentuk peribadi disuburi dengan iman.ehem2..

“Ummi,,nape letakkan Hurul Ain kat sekolah maahad? tak nakla..kan banyak lagi sekolah terbaik dan lebih hebat. Tapi sekolah nie,urm…bicara Hurul Ain sambil menjeling persekitaran sekolah maahad. Dalam hatinya membisik, ”Daifnya,!”

Maka bermulah perjalanan seorang mujahidah mencari erti disebalik perjuangan.^^

Disekolah maahad,, diwajibkan memakai kain tudung labuh putih. Mestilah mematuhi etika labuh. Jangan ada yang singkat kat bahagian depan dan belakang, kalau tak,mulalah pengawas berpakaian seragam warna hijau mula mengadakan spot-check. Agak tegas juga.!
Semasa proses mengenali lebih lanjut kain tudung labuh nie,, banyaklah yang dilalui. Manis? Rasenye banyak yang pahit. tapi takpe. Kan syurga itu manis. Sabar ye wahai diri. :)

Tingkatan 1, tak dinafikan..erghh.. rase tertekan je pakai kain tudung labuh nie kan. Sampai satu saat, adalah satu peristiwa yang betul-betul mematahkan semangat. Time tu, berjalan pulang dari sekolah. Tibe2 bertembung dengan guru2 disekolah rendahnya. Hurul Ain menegur,

“assalamualaikum cikgu,. Cikgunya nampak terkejut. YA Allah,, kamu upernye, Hurul. Cikgu ingtkan makcik mane tadi. Cz nampak macam makcik jual kat pasar je. “mak cik jual kat pasar??”,sabar jela.hmm.Hurul Ain menenangkan hatinya.

Memasuki tingkatan 2

, dah mule rasa biase dengan bertudung labuh.Tapi ujian tak pernah terhenti. Tipulah rase tak tergoyah bile tengok shabat2 mule memakai kain tudung bawal berwarna-warni.. Adesh..cantik gitu! 
Lagi2,, dengan penambahan manik2 kat tepi tudung. Cemburu lak. Cz kite pakai tudung labuh mane ade manik2. Biasela. Tengok kawan-kawan kadang2 mempengaruhi selera dan pengaruh pada diri. Kan?

Waktu bergerak dengan pantas, Hurul Ain dah tingkatan tiga. Masih lagi tegar dengan pemakaian tudung labuh. Alhamdulillah.

Jika angin mampu menyamankan insan,

Jika matahari yang terik bisa memancar cahayanya,

JIka bintang mampu membuat orang terpesona,

Jika hujan mampu membuat orang bersyukur.

ini pula dengan tudung labuh. Mampu membuat anda selamat! Tak caye? Try la.. Insya Allah.=)

=======================================================

Tingkatan 4.

“Oitt,,Hurul.. kau tak tengok ke sekarang iklan2 kat supermarket n model2 terkini? Anna menegur Hurul Ain..

“nape ye?, Hurul Ain bingung.

“Engkau nie tak update betulla. Sekarang nie, mane ade lagi orang pakai macam kau nie, labuh semacam je. 

Nak nampak zuhud le terr. Orang tengah sibuk2 pakai kain tudung ariana,ariano(faham2 jerla) tapi kau nie still kuno..malu aku.!”

“..Top tau tak jenis tudung camtu skang..!, Anna cuba meyakinkan Hurul Ain.

 Bukannya Hurul Ain tak tahu tentang jenis tudung glamour tu, memang cantik, dengan warna warni. Design yang cukup menarik, senang lak dipakai. Just sarung je kat kepala. Tapi,,maaf. Takde yang labuh,bahkan kain melekat kat tubuh,,Urmm.

Umur semakin meningkat. Pejam celik pejam celik.. Haish..Dah nak SPM. Umur 17? Aduhai.. Bagaimana agaknya tahap keimanan kite pada hari nie.? Hijrah kite semakin kearah kebaikan atau sebaliknya? Wallahualam.

“Allahurabbi.. nape Ummi masukkan Hurul dalam program kecemerlangan SPM Bank Rakyat? Malulah ummi. Dahla Hurul sorang je yang tetibe masuk dalam senarai bersama sekolah menengah biasa. Kan Hurul nie sekolah hmm.. Yela..Ummi kena faham. Kite sekolah len sngat dengan sekolah lain.”, Terang Hurul Ain sambil menjeling kearah Umminya. Sedikit geram.

“Laa,ape yang len nye? Ikutlah kite sekolah ape pun., yang penting kite g sne nak ikut program SPM kan? Ape yang malunye? Disebabkan tudung labuh tu ke? Malu nak tunjuk kat orang yang kite sekolah agama? Malu nak tunjuk kain tudung labuh niela yang betul2 menepati syariat agama? Bertubi2 pertanyaan Ummi.
Hurul Ain tersentak.

Malam tu, Hurul Ain cuba muhasabah. Berdrama dengan iman sendiri. Nape ye tak pernah terfikir selama nie.. Ye,,Hurul Ain! Selama nie,,kamu pakai sebab kamu sekolah ke? Nak tunjuk kamu ikut peraturan sekolah je? Disebabkan itu? AStaghfirullah. Hurul Ain menangis tersedu2. Kamu kne berubah Hurul,, Kamu pakai sebab kamu ingin ikut syariat Allah.! Biarlah orang nak kate kamu nie Nampak tualah, ,nampak makcik ke,, susah nak pikat orang lakila.. Tapi kamu yakin,, KAmu pakai kerana Allah.kan Bertuah tu.. Sentiasa mendapat keredhaan Allah. Allahurabbi. Insya Allah,, Hurul takkan malu nak tunjuk pemakaian tudung labuh.^^

Keesokkan harinya, Hurul Ain macam biasa. Lebih senang mengenakan jubah dan tudung labuh,, Bagi die Nampak anggun dimata dia. Lagilah Nampak comey kalau sEmuanya menutup aurat. Kan? hee

Program SPM anjuran Bank Rakyat tu berlangsung kat MAIK. Ramainya kawan2 sebaya dengannya berpusu2 menuju memasuki dewan. Hurul Ain perasan. Hanya die yang “istimewa”.. Nape?  Die seorang je skolah agama. Malu tak terkira.. Sabar Hurul .sabar..Jangan malu..bangga tahu jadi orang yang mempelajari agama ni tau,,,. Hurul cuba memujuk hati, dalam berdakwah jangan pernah gentar dan bimbang.
Hurul Ain melangkah ke dewan.

Alahai,,nak duduk tepi sape nie yer, Mata Hurul mengerling mencari tempat kosong. Semuanya dah penuh. Yang ada kerusi kat belakang sekali. Tapi,,,??

Hurul Ain dah mula ragu2. Dari jauh die mengerling kearah kumpulan belakang. Nampak gayanya jenis kumpulan yang sedikit kasar kalau dilihat dari cara perlakuan. Ya Allah,,berikan aku kekuatan menghadapi mereka. Amin. bisik Hurul Ain dalam hati.

“Assalamualaikum, boleh saye duduk dalam kumpulan awk.,? Lembut tutur Hurul Ain menyusun bicara. Bimbang tersilap membawa padah. Mereka memandang. Dari atas hingga ke bawah.

“Duduk jerla, tak perlu mintak izin, ustazah! Keras suara salah seorang dari kumpulan mereka.

Hurul Ain sedikit kaget.,, Dengan wajah yang masih disenyumkan, Hurul Ain sabar melayan kerenah mereka yang agak “luar biasa” nie,, “terima kasih, “ucap syakirah sebelum duduk.

Memang terasa kekok apabila berbicara dengan mereka. Lagi2, mereka sedikit kasar dari segi percakapan dan perlakuan. Terasa macam lelaki lak. Tapi, Hurul Ain tak berputus asa. Kalau aku berfikiran mereka harus dijauhi kerana perbuatan negative, siapa yang ingin bimbing mereka kearah kebaikan? caiyok Hurul,,awk boley…! Hurul Ain tersenyum sendiri. Harus ada usaha dakwah. Aku nak masuk syurga sma2 shabat. Bukan sorang diri.

Mase pulang dari kursus hari pertama, Hurul Ain diuji lagi. Peserta2 diberikan baju t-shirt berlengan pendek. Diwajibkan memakai baju nie sebagai tandA penghormatan. Adesh…Hurul Ain dah mula garu kepala.

“Ummi, Hurul  ingat Hurul tak nak g la esok kursus tu. Baju t-shirt! Macam mane nak pakai. Rase nak nanges je.,”keluh Hurul.

Ummi tersenyum memandang anak perempuannya. Haish..macam2.. Hee. “La,ape yang susah sangat. Hurul pakai kain hitam, berbaju muslimah. pastu pakai t=shirt , bertudung labuh. Kan still tertutup.”, Ummi memberi cadangan.

Mata Hurul Ain sedikit terbeliak. “Ummi,,malulah .Takkan nak pakai berlapis2. Aduhai,rase sedikit letih memikirkan nie. Tapi difikirkan kembali, Betul juga cadangan Ummi tu. Yang penting nak tonjolkan image pelajar agama n berpakaian yang betul2 menepati syariat, Harus pergi.. Sabar ye Hurul Ain sayang, memujuk hatinya kembali.=)

Dipendekkan cerita, seperti yang diduga memang Hurul Ain menjadi tumpuan setiap mata yang memandang. Yang paling menarik untuk dikongsi, apabila ramai kawan mula menegur menanyakan asal sekolah mane.(tentulah sekolah maahad) dan yang paling mengharukan buat Hurul Ain, apabila ibubapa yang mengambil anak2 pulang dari kursus tersebut menjdikan Hurul Ain sebagai model tentang islam dan mengenai soal pakaian. Alhamdulillah., dia Berjaya menyampaikan dakwah. 

Walaupun bukan dakwah melalui kata2, tapi dakwah melalui tingkah laku dan berpakaian. Syukur ya Allah.<3

P/s: Kini, Hurul Ain masih lagi berdiri. Tegar menghadapi mehnah dunia. Bukan mudah tuk melangkah dalam fatamorgana dunia. Tapi dia yakin. Dengan aturan syariatNya, dia bisa menjalani dengan penuh kesabaran.TUDUNG LABUH? Hanya orang istimewa dapat merasai “keindahan di sebalik kalimat tu”.. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment