Friday 22 February 2013

RABIATUL ADAWIYAH


Sebenarnya entry kali nie ana nak ceritakan mengenai sebuah buku yang sgat menarik bagi ana iaitu RABIATUL ADAWIYAH yang juga merupakan roll model bagi ana sendiri kerana sifatnya yang sangat zuhud dan kecintaan yang sangat tinggi kepada Allah SWT…Kalau dibandingkan dengan ana ni, terlalu banyak kekurangan pada diri ana sendiri yang perlu dibaiki...Ana jadikan Rabiatul Adawiyah sebagai roll model ana sendiri kerana ana ingin mencontohi sifatnya yang mempunyai kebergantungan yang sangat hebat kepada Allah SWT…

Kalau kita balik semula 1400 tahun yang lalu nama Rabiah adalah nama yang pelik..Namun ayah Rabiah mendapat nama ini melalui mimpinya yang bertemu dengan Rasulullah yang meminta untuk anak tersebut diberi nama Rabiah..Walaupun pelik namanya namun perwatakan dan sikap yng ditunjukkan Rabiah sangatlah luar biasa..Ketikamana kanak-kanak lain bemain, permainan Rabiah adalah dengan membaca AlQuran dan menghafaz..

Allah uji Rabiah dengan ujian yang sangat berat(bagi ana)..walaupun apa yang kita tahu Allah tidak akan uji hambanya dengan ujian yang melebihi kemampuan..Allah uji Rabiah dengan pemergian ayah dan ibunya..Namun tiada setitis air mata pun yang keluar daripada matanya dan yang hebatnya dia masih lagi mampu tersenyum kerana fikirnya dia tidak perlu menangisi pemergian ibu ayahnya kerana dia tahu setiap makhluk yang bernyawa adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali kelak..Tengok, betapa hebatnya Rabiah yang mampu tersenyum walaupn kehilangan orang yang tersyang..

Allah uji lagi Rabiah apabila dia diculik oleh penjenayah yang ingin menjualnya sebagai hamba di pasar..Namun dia masih lagi tersenyum dan berterima kasih kepada Allah,dan dia telah dijualkan kepada seorng lelaki yang berwajah bengis yang ingin menghadiahkan Rabiah kepada isterinya..Sepanjang berpuluh tahun Rabiah menjadi hamba abdi kepada tuannya Rabiah dilayan dengan kejam dan tidak berperikemanusia oleh tuannya..Namun Cuma ada satu saja kekesalan dihatinya iaitu “kenapa dia perlu menjadi hamba kepada hamba Allah”,kerana seluruh hidupnya diabdikan kepada tuannya..Namun begitu hikmah yang Allah tak terjangkau fikiran kita…

Akhirnya Rabiah dimerdekakan oleh tuannya sendiri ketikamana mereka menyedari sepanjang hidup Rabiah bersama mereka..Rabiah tidak pernah meninggalkan solatnya kecuali ketika dia uzur,mulutnya sentiasa berkumat- kumit dan Rabiah tidak pernah membantah setiap apa yang tuannya suruh dia kerjakan dan tidak pernah mengeluh..Malam itu ketika si suami yang diminta oleh si isteri untuk melihat keadaan di bilik Rabiah ketikamana si isteri terdengar sesuatu daripada bilik Rabiah..Si suami yang ingin meninjau bilik Rabiah ternampak bilik Rabiah yang sangat bercahaya sedangkan dalam bilik Rabiah hanyalah ditemani oleh sebuah lampu minyak tanah..Sisuami melihat Rabiah yang sedang berdoa tiba-tiba terkejut apabila ada bebola api yang cuba menghalau dan menerkam kearah sisuami tersebut…Sisuami yang terkejut balik semula ke biliknya dalam keadaan yang terketar-ketar dan ditanya oleh isterinya kenapa dan menceritakn kejadian yang dialaminya..Keesokannya Rabiah dipanggil dan dimerdekan oleh tuannya dan diberi pilihan oleh tuannya samada terus tinggal disini(dirumah) sebagai anak angkat atau bebas memilih jalan hidup sendiri..

Alhamdulillah, akhirnya Rabiah memilih untuk menjalani hidupnya sendiri..Dipendekkan cerita,Rabiah kembali ke kampungnya namun tidak bertemu dengan kakak-kakaknya yang pergi mencarinya ketika dia diculik dahulu dan tidak pulang-pulang..Maha Suci Allah yang mengetahui segala sesuatu..Rabiah akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang sangat indah dan masih mampu tersenyum kerana kerinduannya yang sangat mendalam untuk  bertemu dengan ALLAW SWT dan meninggalkan perkara-perkara yang sangat berguna kepada kita untuk dicontohi hari ini…Allahuakbar,Allah Maha Besar…Contohi Rabiatul Adawiyah yang mempunyai kebergantungan yang sangat hebat kepada Allah SWT…


No comments:

Post a Comment